Monday, November 21, 2011

Tengkujuh

Tengkujuh itu
membawa satu erti
yang hanya bermakna
pada jasad itu sahaja

Tengkujuh itu
membawa seribu satu soalan
kepada mereka
yang mencari sumbu keadaan

Di situlah petir dan guruh
bercanda riang
memanah langit
menggegar darat
menurunkan manik-manik kesedihan
yang sudah lama dikandung

apa tengkujuh ini
akan terus mendatang?
atau berpindah ke tanah lain?
atau memanjangkan cabangnya?

Wednesday, November 16, 2011

I don't troll people. Not my level.


I've been in this situation many times.

Today is Wednesday. I want to go somewhere. But the sky was so dark. You can predict anytime, it will be raining soon. I disappoint and let go my wish. However, I know if I predict something to happen, the other way around will happen. Thus, I just said it is gonna rain soon.

Later, the sky is bright and the sunset is so beautiful.
I forget my wish, but I keep the rain away for this evening, I believe.

Am I trolling God?
Problem?
I just could smile for it.
:D

Tuesday, November 8, 2011

Getting myself up

lately, I've been very very lazy! I need to speed up my work progress! Basya!

Saturday, November 5, 2011

Kisah Seram 3 Pagi

Raya haji esok kan? Aku masih lagi dok utp ni. Tak balik kelantan. Study katanya. Yo yo je study. Ye la, minggu depan ada test, kena submit tu submit ni, banyak jugak la kerja yang nak dibuatnya. Nak keluar UTP pun pikir pat nam kali. Tapi kerja masih berlambak. Otak masih lagi lembab. Aku pun tak tahu kenapa otak masih lembab. Test Software Agent pun buat ala-ala bodoh piang je.
Berbalik raya haji, semua orang dah balik. Maka UTP ni jadi kosong la semalam. Petang je dah rasa kosong. Pergi dinner pun rasa lengang. Akak Western tu gembira sebab aku tak balik. Dia pun kena buka kedai masa raya haji pertama. Then hari isnin baru boleh cuti. Roommate aku dah balik petang tu. Maka, aku tinggal sorang-sorang la kat bilik semalam.
Nak dijadikan cerita, semalam aku demam. Demam light-light saja petang tu. Tapi, bila dah masuk malam suhu badan dah naik kaw-kaw. Hamboih, ni dah tahap panas dah ni. Jadi, sebagai petua nak turunkan berat badan, eh silap, sebagai petua nak turunkan suhu badan, aku pun basahkan tuala dan balut leher aku dengan tuala basah. Dengan buat cara ni, suhu badan akan turun dan selesema pun akan berkurang. Aku ni bukan suka makan panadol pun. Kalau demam, ni la cara nak sembuh dari demam.
Maka aku pun tido la dengan lenanya pukul 930malam. Mak oi... awal gile tido semalam. Tup tup bangun pukul 12 tgh malam. Awal. Aku rasa sangat awal. aku pun tido balik. Then mata aku buka balik. Dah pukul 6 ke? Bajet kalau dah pukul 6 tu, boleh la nak solat subuh kan? Haha.. Tengok jam, Pukul 3, teringat kawan aku, Fuad cakap:

"Kau, kalau tido, jangan tutup pintu, buka sikit pintu tu. Satu lagi, jangan tido mengadap katil roommate ko. Pintu tu kalo ko kunci macam ko tak suka dia datang, tapi kalo ko buka luas sangat, ko invite dia masuk pulak. Jangan buka luas. buka sikit je. "
Aku dengan angkuhnya jawab:
"Ha! Mengarut lah kau! Aku tido sorang-sorang ok je. takde apa pun."

Menyesal.

Seriously, aku menyesal gile cakap besar camtu. Dah tutup mata, ada orang main petik jari pulak kat kaki aku ni. Aku dengar. Mampos aku! Tu la cakap besar lagi. Then dalam hati aku dah baca ayat kursi dan ayat-ayat yang aku ingat. Sekali dengar ada orang petik jari kat luar. Then aku dengar ada orang petik jari kat dalam pulak. Habis. Aku dah rasa berdebar jantung aku dah masa tu. Then dah tak ada apa-apa dah. Aku doa banyak-banyak kat Tuhan agar aku tak jumpa la benda-benda ni. Dah lama tu, tib-tiba jantung berdegup kencang. Slow kejap then kencang lagi. Haih jantung, hang ni pasai pa dok aggressive sangat ni? Nak je waktu tu bangun dari katil, terus lari dari bilik. Tak, tak boleh. Aku hold still je kat katil tu. Hold punya hold, tertido jugak la akhirnya. Lepas tu, terus passed out.
Bangun je dari tido, matahari dah tinggi. Alamak... subuh dah tertinggal. Qada' la jawabnya..
Jadi, aku sekarang dah takut nak tido sorang-sorang. Mungkin lepas ni aku tido bilik kawna aku kot.. takut giler kott... dah la dok sorang-sorang. masa tengah type entry ni pun dah seram semacam je.. haish~
Moralnya di sini, jangan cakap besar. lagi satu, solat jangan tinggal. Mohon pada Allah agar kita sentiasa diberi perlindungan. dan rajin-rajin la mengqada' solat anda sekiranya tertinggal. Haha...

p/s: hari ni puasa hari arafah. First time puasa hari arafah ni. Best jugak :D

Friday, November 4, 2011

Friday Friday Friday Insomnia


This is me right now.

Didn't sleep since evening. I slept for 45 minutes in the afternoon. I had a discussion, then procrastinate, get some sugar, get high with the sugar, then I'm staying awake..
awake... awake...

Gonna wait for the Fajr prayer and sleep after 7am. Hope can wake up at 12pm. This is crazy! But I'm ok with this. As long my sleep does not disturb my class.

Looking for my 'working' button. It is not on yet.