Tuesday, July 20, 2010

Teka Teki


Kau masih diam
membiarkan ku mencari
jawapan
teka teki mu

aq masih mencari
apakah kau
memberi jawapan
yang aku inginkan

semakin ku
cuba mencarinya
semakin ku
hilang petunjuknya

aku sudah letih
bermain teka teki
yang seakan tiada jawapan
seakan tiada penghujung

di sini
ku sudah mengalah
setelah bergelut dengan petunjuk
bergelut dengan usaha

tapi kau masih berteka teki
sedangkan ku tidak arif
menemukan jawapan

lepaskan ku
dari teka teki mu
dari persoalan mu
meski pun aku
yang membangkitkannya

kemaafan kupohon
setelah menerobos
keamanan hidupmu
mencemar suci hidup mu

di sini
ku lepaskan segalanya
ku hilangkan segala masa
yang pernah kita lalui bersama
yang kita pernah gelak bersama
yang ku tangisi akan hidupku
yang ku kesal akan salahku
yang ku tahu itu mustahil
yang ku mahu kekal
buat selamanya

terima kasih atas budimu kepadaku
terima kasih membuatku tersenyum
terima kasih bersamaku
ketika ku bersedih
terima kasih kerana bersabar
atas naif sikapku
terima kasih ku ucapkan
atas segla-galanya

ku undurkan diri dari hidup mu
ku undurkan dari dunia ini
yang pernah ku jejak

teruskan teka teki mu
panjangkan persoalan itu
aku sudah keluar dari permainan mu
aku sudah mendapat perjalanan baru
yang bakal ku tempuhi

teka teki mu bukan lagi
merisaukan aku
kerana onak duri baru ini
adalah yang terbaru
yang bakal ku tempuhi

No comments:

Post a Comment