Wednesday, May 18, 2011

Gigi cheq dah hilang satu!!!!



cheq baru balik klinik.. sakit nie...

Cheq baru balik dari Klinik nie.. pi cabut gigi. Ha la... dok sakit ja manjang. Cheq pun serabut.
Cheq amik keputusan cheq tak nak pi kerja hari nie. Pi cabut gigi cheq nie.
Dah 3 kali cheq pi klinik gigi tu dalam masa 5 hari. Pi mai, pi mai, tang tu jugak gigi cheq nie. tak baik-baik. Doctor gigi pon dah fed-up dgn cheq. Asyek-asyek dok mai klinik depa.
"Cheq nak tampal gigi"
"gigi cheq sakit"
"Doctor, gigi cheq problem."
mau cheq dapat pelempang dr doctor tu kang. Pening kapla cheq nanti.. hahaha...


Tu dia... cheq dah lama sakit kt gigi cheq nie.. asyek dok sakit ja....
Alkisahnye, gigi cheq dah belobang dah ha... cheq rasa baik cheq pi klinik tampal gigi cheq yg berlobang tu... skali cheq pi la jumpa doctor gigi. Pi la tanya kan.
"Doctor, gigi cheq ni lagu mana? Nak tampal ka? nak cabut? "
Doctor gigi tu habaq kt cheq.
"Tampal ok nie."
Cheq tanya lain depa habaq lain. Cheq pon menyerahkanlah gigi cheq nie kt doctor tu... Sehari sakit cheq boleh tahan lagi. Pagi tu, cheq bangun pagi gigi dah tak sakit. Nak ja cheq habaq satu perumahan doctor nie baguih. Sekali pukui 10 pagi, dia buat hal pulak dah... sakit rasa nk meletop gusi cheq. Awat jadi lagu nie? Cheq pi tampal gigi supaya gigi cheq jadi lagi baik. awat makin teruk gigi cheq nie? Cheq telepon klinik tu.
"Gigi cheq buat hal la pulak. Awat jadi lagu nie??"
Doctor gigi tu check.
"Ada gigi lain yg rosak. Depa kot yg buat hang rasa sakit."
Tu dia.. teori baru. Cheq sakit gigi yg cheq tampal hari tu. takkan la gigi lai yg berlobang yg buat gigi cheq sakit. Apa-apa pon, cheq ikut je la doctor tu.. doctor nie cheq caya siket... bukan apa. Dia dah buat tampal gigi cheq sebelum nie. Baguih na... Tu yang cheq sayang nak pi tempat lain.
Lepaih dia tampal gigi lain, cheq rasa sakit dah kurang dah. Baguih na doctor nie..Jadi cheq tunggu je la esok hari nya. Harap baik kan.
Esok nya, cheq pi kerja dgn mencarut-carut. Gigi cheq sakit satu hari. cheq tak pernah tinggaikan mug cheq yg ada ayaq sejuk. Nak bagi hilang sakit gigi tu. Cheq sabaq. Cheq habaq kt diri cheq, cheq tunggu satu hari lagi. bagi peluang. Sekali cuti Wesak pun gigi cheq sakit jugak. Jadi dua hari cheq sakit gigi dah...

Pagi-pagi lagi cheq keluaq rumah sewa nak pi jumpa doctor tu.. haish.. dah banyak cheq perabih buat gigi cheq nie. Baiknye takde la pulak kan. Cheq tak mo makan pagi sebab cheq taknak lepaih makan ada sisa makanan lekat kt celah gigi. Tapi doctor habaq suh pi makan jugak. Cheq pi la pekena Teh ais dengan roti canai kosong.
Bila dah siap 2 orang, cheq pi masuk bilik doctor gigi tu. Dia bagi cheq makan ubat, pah tu dia cucuk-cucuk gusi cheq. kembang pipi cheq. dah la gemuk, makin gemuk la pipi cheq sebelah kiri nie. Dah rasa kebaih dah mulut cheq baru depa amik playaq tu putaq-putaq gigi cheq. sekali depa amik gigi cheq. Ha.. tu dia... besaq!
Dear tooth fairy, baik hang bagi aku gold coin, kalo tak cheq pi cari kat rumah hang nanti.. hahaha...

Gigi cheq dah hilang satu.. huhuhu... cheq tak taw nak watpa dah... cheq rasa cheq nak pi Thailang lepaih kerja nanti, cheq nak wat pembedahan gigi cheq.. hahaha.. baru nampak eloq sket...
Hari nie merupakan kali pertama cheq amik MC. Tercapai jugaq cita-cita cheq nak ambik cuti sehari. Selama nie cuti cheq asyek kena batai ja.. amik cuti, tak jadi nak cuti. cheq nak dudoq rumah puaih-puaih. Nak tidoq takut tertelan kapaih nie. cheq taktaw nak buat apa. Pi cari kerja kat pejabat cheq baguih dok? Hahaha...

Awat cheq habaq kat hangpa cheq cakap Kedah? Cheq kan orang Kelantan? Hahaha......

2 comments: