Tuesday, June 7, 2011

Bawaku Pergi, Tuhan

Ibu
bawaku pergi bersamamu

Ayah,
benarkan aku tinggal di sebelahmu

hidup laksana tiada erti
laksana hilang dalam ketawa mereka

rumah kecil itu
aku bakal ada yang sama
cuma masa yang akan membenarkan
aku masuk ke rumah kecil itu

Apa diri ini amat dibenci?
Apa diri ini amat dicemuh?
Apa diri ini amat jahat?
Apa diri ini amat syaitan?

Aku sudah lari
kerana lari itu
adalah sebaik jalan
membawa aku
melihat awan keamanan

Tuhan,
Kusemai benih kemaafan
Kusiram air kesabaran
Kubaja dengan doa harapan
Namun buahnya
pahit dan kelat

Tanah ini bukan tempatku
untuk menanam pokok harapan
kerana tanah ini
sudah tercemar
dengan racun kebencian
dan kekecewaan

Bawaku pergi, Tuhan
Bawaku pulang ke kampung halaman
Aku hanya dambakan
satu sapaan
dari hati yang senang
dan senyuman riang

No comments:

Post a Comment