Ku berlari ke pantai
agar bayu ketenangan
lembut membelai hatiku
Ku berlari
meninggalkan tasik pilu
yang penuh air mataku dahulu
Ku dendangkan satu irama
menari penuh riang
penuh dengan keceriaan
Namun hadirmu
bersama gendangmu
langkah tariku jadi
mengikutmu
Jangan
Jangan kau paksaku
menari mengikutmu
aku sudah keliru
Jangan
Jangan kau bawa aku
ke teluk rindu
menangisi embun sayu
yang lalu
tariku tarian maafku
kepada dirimu
cuba lari dari mu
aku tak benci padamu
mengapa kita berjumpa lagi?
mengapa kita bergendang menari?
Genta hatiku berbunyi
memberi amaran
akan ada air mata nanti
Wahai Tuhan yang Satu
aku pinta pada-Mu
Jangan bawaku
kembali ke tasik pilu
Ku berserah kepada-Mu
pasrah dalam hati
pentas pantai ini
tiada awan benci
Biar aku terus merantau
mencari satu ketenangan
disebalik tabir kehidupan
Lepaskan aku dari rindu
satu rindu yang lalu
aku tak mahu lagi
menangisi diriku
Wahai Tuhan yang Satu
aku pinta pada-Mu
Jangan bawaku
kembali ke tasik pilu
No comments:
Post a Comment