Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Yaw!!!

Dah sebulan berpuasa.
Dah dekat lebih sebulan takde internet..
rasa dah putus connection dari dunia.
Kadang-kadang rasa best jugak.
Tapi facebook buat kita addicted pada Internet.
kalo tak boleh je nak survive.
apa-apa pun....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

peace no war. anggaplah celoteh mengguris hati tu satu khilaf. peace no war.

Sunday, August 14, 2011

RIP

Today, I think i can rest in peace! Hoping in peace.

Saturday, August 13, 2011

Berkecamuk

Susah nak cakap
Benci ke suka ke
tak dapat nak bezakan

Nak berteka teki lagi
Tapi aku dah letih
Aku dah letih

Semua dah berakhir dengan baik
Perlu ke aku ada di sini lagi?
Rasa macam dah tiba masa
untuk aku mencari
jalan hidup sendiri

Ke mana?
entah aku pun tak tahu
Tuhan saya yang menentukan
takdir hidup ini
harap aku tak mengalirkan
airmata lagi
kerana aku
seorang yang pentingkan diri

I'm leaving

Yes, I'm leaving....
UTP la..
hahaha...
Dua minggu before raya, kena ada di dua tempat.
Not sure if I'm prepared for my coming semester. Dah ambil feel duduk UTP for one week (matila kantoi~) but not sure if I can carry on this time. Wish me luck for my coming semester.

Buka semester dah ada plan
Untuk makcik-makcik tukang jahit
untuk makcik-makcik di Nur Kasih
untuk diri sendiri- kesihatan dan wang,
untuk pelajaran masih dalam fikiran
perlu menterjemahkan semua rancangan ke atas kertas. baru nampak apa yang nak dicapai

Anda sudah ada perancangan sendiri?

Friday, August 12, 2011

Kebetulan

Hari nie banyak kebetulan yang berlaku.
Tuhan itu sangat misteri. Semakin kita cuba jauhkan diri dari sesuatu, semakin dekat ia datang pada kita.
Padahal, kita dah cuba menjauhi perkara itu.

Terus terang:
Kalau dah tak suka, aku tak kisah. Benci jangan. kau jugak yang rosak hati. Anggap aku dah mati pun jadi la. lagi senang. Janji aku dah tak kacau hidup kau. Aku dah jauh dari kau. Aku dah cari hidup sendiri. Boleh? Stress pun tak guna. Nak tarik muka masam lagi la aku menyampah. Aku tak suka tarik muka masam. Sebab nanti orang tengok muka masam akan jadi masam jugak. Senyum biar pun sakit hati.

Kau doa pada Tuhan agar aku tak jumpa kau lagi. Doa aku tak mustajab mungkin doa kau lagi diterima dari aku? Siapa tahu?

Wednesday, August 10, 2011

Cuti saya hari ini


Hari nie pagi-pagi dah lepak pergi IRC. Melepak di tempat yang ada ilmu. Katanya lah.. Pergi cari buku Marketing, buka buku Marketing, cari buku Marketing strategy, Basic marketing Management and melencong cari buku pasal Sewing for Idiot and Knitting, Design and pattern. Nak amik buku memasak takut lapar pulak. Ada yang menggelupur nanti.. hahaha..
Masa balik Kerel tu ada nampak buku HTML. Sebat. Hasilnya hari ini....
Jadi la satu scripting yang dah lama ditinggalkan.. haha... rasa-rasa boleh kot nak belajr lagi dalam bidang IT nie.. haish.. serabut otak belajar benda yang tak berapa minat.. huhuhu... tapi as long cuti dimanfaatkan belajar sesuatu benda, ada la jugak faedah nya dari melangut tak tentu pasal kat rumah tu.. kan? *thumbs up!

Thursday, August 4, 2011

Nomad

Sejak habis intern, badan asyik sakit-sakit. tekak selalu serak2 basah ala-ala rani mukherjee.
Paka-KL-Kota Bharu-KL-Subang Jaya-Paka-UTP-Subang Jaya-Kelantan.
Jauh berjalan. Dari Paka, turun KL semata-mata nak tengok presentation dari BEEPers kat Chartis Competition. Alhamdulillah.. not bad. team lain pun tak prepare sangat. Nak lawan UMT, UMS tu, jauh la sikit. Lagipun yang present tak sempat nak prepare jadi presenters. Nak cari Fakulti Ekonomi dalam UM tu pun tak teruk. Nasib baik ada pakcik teksi yang baik hati. Dia panggil kita 'Cikgu' sebab pakai necktie and blazer. Lawak jugak pakcik tu. Lepas habis chartis. gembira jugak la sebab dapat jumpa BEEPers baru macam Sarah, Nami, Chiko, Belon. and tak lupa Petra, Shidi, Fariz, Tasnim and mak ayam Pika.. hahaha...
Habis je Chartis, berkejar ke stesen putra. nasib baik ada tiket pergi Kelantan. Lambat. Tiket pukul 10 malam. Tgok jam pukul 6. Lepak KFC. Lahap ayam Snack Plate 2 ketul. Tak kenyang. Perut setan betul. Jalan-jalan dekat The Mall, jumpa surau. Solat dulu. Tengok jam ada sejam lagi. Boring. pergi lepak McD. boleh la buka fb, layan sume yg dikomen, like apa yg suka, stalk mana-mana yang nak stalk. Biasa, hidup bersama facebook wajib stalk orang. Siapa? Siti Nurhaliza cakap Biarlah Rahsia. 930 malam baru chow. Tengok PWTC. Tiga hari lagi kena datang sini. Sangap nak tengok team Nasional. Bas lewat 30 minit. Stesen Putra tu memang meriah bila bas sampai. Mat-mat/minah-minah salahe mati kutu nak naik bas mana. Mau kena tanya org dia beli tiket nak naik bas mana. Announcement pun dalam bahasa Melayu. Mana la diorang nak faham. Tak pe. Tunggu bas. Tunggu bas, naik Transnasional. Boleh tahan. sempit la sikit. Biasa la. maximize profit.
Sampai KB je, cari tempat nak mandi. ada lodge. Lepak sejam. Sejam lagi pergi makan. Jumpa jugak Nasi Tumpang. Beli sempat, makan tak pulak sempat. Ambil teksi haram aka prebet sapu pergi cari tempat canting batik tepi pantai. mati kutu cari. nasib baik pakcik tu tahu nak cari kat mana. Jumpa satu. Macam CEO nak. Tapi HSE kureng. Kemalangan/near miss bila-bila masa boleh jadi. Lepak KFC tunggu semua orang dari Paka sampai. Nampak-nampak dah sampai lama dah. Letih je duduk depan hotel tunggu sambil dengar radio Klasik Nasional. Petang buat fieldtrip balik. Kak Ila berkenan, Kak Su tak berapa berkenan. HSE Kureng. Melilau nak cari tempat lain. Letih. Balik bilik, tido atas lantai. Malas nak berhimpit atas katil.
Hari kedua pergi breakfast dekat Pasar Siti Khatijah. Ingat boleh jumpa cikgu. Last-last, beli nasi tumpang, makan nasi dagang, dengan sate perut percik. Puhh... meleleh wa cakap lu.. Masa puasa nie la nak cakap pasal makanan. Balik hotel, prepare untuk sukaneka. Petang je, jadi host. Aku pun pelik. dengar nada masa hosting tu rasa macam orang jual barang dekat wakaf che yeh. Habis event, kita tolong akak cleaner bersihkan tempat. takbaik taw tinggal macam tu jer.. kesian akak tu. Malam tu budak2 pompuan nak pergi wakaf kb mall, wakaf che yeh. Rasa malas. tapi pergi jugak. Ok la. not bad sebenarnya.
Hari Sabtu bawak group pergi jalan-jalan tengok kilang budu. this time naik kete company. Bas boleh dikatakan CILAHANAT. sangat-sangat. Kali nie pakcik tu bawak pergi tempat mereka gaul ikan bilis dengan budu. Best giler. depan mata. Balik kilang budu, budak2 muntah la pulak.. cancel pergi tempat canting batik dengan tempat buat serunding. Masa Bekwoh besar, semua berjalan lancar. Malam borak dengan encik Hafiz sambil makan KFC. gelak punya kuat sampai tertidor atas katil. Malu pulak dengan Encik Hafiz. :P
Bangun pagi, dah lewat. Nasib baik tiket dah beli semalam. Layan. Amik teksi, terus pergi Tesco. Bas Sani Express cakap elok. Skali. Amik Kau! CCTV dia menangis atas bahu aku. Pergi adu kat driver. dia cakap amik plastik, ikat. tadah. Sapai KL, pergi PWTC. SIFE UTP masuk Cerdik Publication League. Semua nak lari dari UTP. Takpe la. Malam lepak The Mall. Asyik-asyik The Mall. Tempat lain malas nak lepak..
First day presentation hari Isnin. Cuak. Tapi yakin presenters boleh buat. Masa present, slide tak dapat nak besarkan, Wire extension pendek sangat. Nasib Baik ada SIFE UPM. Boleh juga present. Video presentation tak ada masalah. Cuma yang part akhir yang problem. Patah hati. Harap dapat present balik masa semi final. Alhamdulillah dapat masuk semi final petang tu. Presentation was PERFECT! puas hati semua orang sampai judges dari Bank Negara pun sanggup keluar dewan semata-mata nak cakap dia ada soalan nak tanya tapi tak sempat. Even dia ada satu lagi presentation untuk semi final. Semua puas hati. Malam tu aku and Mira Gaga belanja diorang Pizza. Pizza je mampu. Balik hotel dah mabuk pizza cakap dengan budak UTM pun dah macam orang mabuk. Balik bilik lagi mabuk, lebih mabuk dari normal. hehehe...
Pagi Selasa berdebar. ALhamdulillah masuk final. top four macam tahun lepas jadi la kan? Presentation went well except masa TIEC participant tengah bercakap. orang audio PWTC tengah buat luahan rasa kat kawan dia. Sampai kawan dia yang jaga audio tu tak sedar apa yang berlaku kat luar. Second video interview takde masalah. tak taw plak semua orang tengok aku masa aku tengah berang kat audio man tu. Alhamdulillah menang jugak. jadi champion. Aku amik beg, blah balik Subang.
First day puasa pergi print report. last minit memang susah. Balik naik bas mini. Sekali ada awek freehair pakai baju bareback himpit aku. Adoyai~ nak cakap haven! bulan puasa. terpaksa la terseksa. nasib baik ada buku nak tahan. kalo tak, mati aku kena dakwa sexual harrassment bulan-bulan puasa nie. huhuhu. Buka puasa sorang-sorang. Standard. Makcik kerja. balik dekat masa berbuka. Of Course buka puasa tengah jalan. Aku faham. Tapi nasi jangan la masak sampai tiga cawan. aku makan secawan pun untuk dua kali makan. aku tak makan banyak bila puasa. cakap je nak makan banyak. Last-last, sikit jugak. Nafsu je tu. Second day puasa buka dekat The Mall. Sekali lagi. Kali nie tolong awek dari China melancong nak pergi K.Terengganu. Bawak pergi awek tu ke stesen, beli tiket, pergi KFC. Buka laptop, main internet. Leka. Nampak orang dah makan, baru buka puasa. Sampai pukul 9, pergi stesen putra. Bas sampai. Off to Paka.
Sampai Paka, tido. Bangun je, mandi, siap2, sewa keta. Keta Kelisa auto pun jadi. Aku nie jenis clumsy. Kalau drive kereta manual, asyik mati tengah jalan. Malas. Auto lagi best. Sampai company, jumpa semua orang dalam department. Suka. Rindu nak balik kerja. Rindu nak kerja sampai malam. Setel semua urusan, balik rumah sewa. Rindu rumah sewa. Petang tu beli ayam golek, makan ramai-ramai. 4 orang je ko ada masa tu. Ok la. Malam naik bas. Off to UTP, Perak.
Gosh. Arrived at Ipoh at 8am. We have to take bus to UTP and arrived here at 9am. A good man give us a lift. Then here I am. in IRC, doing nothing with some books of Software Engineering, Visual Basic programming and database and data mining. Pening hidup nomad nie.. hish!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan dan Air Mata

Ramadhan ini
Ku jejak bersama rasa pilu

Ramadhan ini
Ku jejak bersama air mata

Ramadhan ini
Ku jejak mendekati Yang Esa

Melihat langit malam yang gelita
ku mencari kira terdapat cahaya
yang memacu jiwa
menuju ke sana

Esok satu misteri
Hari ini satu anugerah
semalam itu sejarah

Semoga hidup ini lebih baik.