Paka-KL-Kota Bharu-KL-Subang Jaya-Paka-UTP-Subang Jaya-Kelantan.
Jauh berjalan. Dari Paka, turun KL semata-mata nak tengok presentation dari BEEPers kat Chartis Competition. Alhamdulillah.. not bad. team lain pun tak prepare sangat. Nak lawan UMT, UMS tu, jauh la sikit. Lagipun yang present tak sempat nak prepare jadi presenters. Nak cari Fakulti Ekonomi dalam UM tu pun tak teruk. Nasib baik ada pakcik teksi yang baik hati. Dia panggil kita 'Cikgu' sebab pakai necktie and blazer. Lawak jugak pakcik tu. Lepas habis chartis. gembira jugak la sebab dapat jumpa BEEPers baru macam Sarah, Nami, Chiko, Belon. and tak lupa Petra, Shidi, Fariz, Tasnim and mak ayam Pika.. hahaha...Habis je Chartis, berkejar ke stesen putra. nasib baik ada tiket pergi Kelantan. Lambat. Tiket pukul 10 malam. Tgok jam pukul 6. Lepak KFC. Lahap ayam Snack Plate 2 ketul. Tak kenyang. Perut setan betul. Jalan-jalan dekat The Mall, jumpa surau. Solat dulu. Tengok jam ada sejam lagi. Boring. pergi lepak McD. boleh la buka fb, layan sume yg dikomen, like apa yg suka, stalk mana-mana yang nak stalk. Biasa, hidup bersama facebook wajib stalk orang. Siapa? Siti Nurhaliza cakap Biarlah Rahsia. 930 malam baru chow. Tengok PWTC. Tiga hari lagi kena datang sini. Sangap nak tengok team Nasional. Bas lewat 30 minit. Stesen Putra tu memang meriah bila bas sampai. Mat-mat/minah-minah salahe mati kutu nak naik bas mana. Mau kena tanya org dia beli tiket nak naik bas mana. Announcement pun dalam bahasa Melayu. Mana la diorang nak faham. Tak pe. Tunggu bas. Tunggu bas, naik Transnasional. Boleh tahan. sempit la sikit. Biasa la. maximize profit.
Sampai KB je, cari tempat nak mandi. ada lodge. Lepak sejam. Sejam lagi pergi makan. Jumpa jugak Nasi Tumpang. Beli sempat, makan tak pulak sempat. Ambil teksi haram aka prebet sapu pergi cari tempat canting batik tepi pantai. mati kutu cari. nasib baik pakcik tu tahu nak cari kat mana. Jumpa satu. Macam CEO nak. Tapi HSE kureng. Kemalangan/near miss bila-bila masa boleh jadi. Lepak KFC tunggu semua orang dari Paka sampai. Nampak-nampak dah sampai lama dah. Letih je duduk depan hotel tunggu sambil dengar radio Klasik Nasional. Petang buat fieldtrip balik. Kak Ila berkenan, Kak Su tak berapa berkenan. HSE Kureng. Melilau nak cari tempat lain. Letih. Balik bilik, tido atas lantai. Malas nak berhimpit atas katil.
Hari kedua pergi breakfast dekat Pasar Siti Khatijah. Ingat boleh jumpa cikgu. Last-last, beli nasi tumpang, makan nasi dagang, dengan sate perut percik. Puhh... meleleh wa cakap lu.. Masa puasa nie la nak cakap pasal makanan. Balik hotel, prepare untuk sukaneka. Petang je, jadi host. Aku pun pelik. dengar nada masa hosting tu rasa macam orang jual barang dekat wakaf che yeh. Habis event, kita tolong akak cleaner bersihkan tempat. takbaik taw tinggal macam tu jer.. kesian akak tu. Malam tu budak2 pompuan nak pergi wakaf kb mall, wakaf che yeh. Rasa malas. tapi pergi jugak. Ok la. not bad sebenarnya.
Hari Sabtu bawak group pergi jalan-jalan tengok kilang budu. this time naik kete company. Bas boleh dikatakan CILAHANAT. sangat-sangat. Kali nie pakcik tu bawak pergi tempat mereka gaul ikan bilis dengan budu. Best giler. depan mata. Balik kilang budu, budak2 muntah la pulak.. cancel pergi tempat canting batik dengan tempat buat serunding. Masa Bekwoh besar, semua berjalan lancar. Malam borak dengan encik Hafiz sambil makan KFC. gelak punya kuat sampai tertidor atas katil. Malu pulak dengan Encik Hafiz. :P
Bangun pagi, dah lewat. Nasib baik tiket dah beli semalam. Layan. Amik teksi, terus pergi Tesco. Bas Sani Express cakap elok. Skali. Amik Kau! CCTV dia menangis atas bahu aku. Pergi adu kat driver. dia cakap amik plastik, ikat. tadah. Sapai KL, pergi PWTC. SIFE UTP masuk Cerdik Publication League. Semua nak lari dari UTP. Takpe la. Malam lepak The Mall. Asyik-asyik The Mall. Tempat lain malas nak lepak..
First day presentation hari Isnin. Cuak. Tapi yakin presenters boleh buat. Masa present, slide tak dapat nak besarkan, Wire extension pendek sangat. Nasib Baik ada SIFE UPM. Boleh juga present. Video presentation tak ada masalah. Cuma yang part akhir yang problem. Patah hati. Harap dapat present balik masa semi final. Alhamdulillah dapat masuk semi final petang tu. Presentation was PERFECT! puas hati semua orang sampai judges dari Bank Negara pun sanggup keluar dewan semata-mata nak cakap dia ada soalan nak tanya tapi tak sempat. Even dia ada satu lagi presentation untuk semi final. Semua puas hati. Malam tu aku and Mira Gaga belanja diorang Pizza. Pizza je mampu. Balik hotel dah mabuk pizza cakap dengan budak UTM pun dah macam orang mabuk. Balik bilik lagi mabuk, lebih mabuk dari normal. hehehe...
Pagi Selasa berdebar. ALhamdulillah masuk final. top four macam tahun lepas jadi la kan? Presentation went well except masa TIEC participant tengah bercakap. orang audio PWTC tengah buat luahan rasa kat kawan dia. Sampai kawan dia yang jaga audio tu tak sedar apa yang berlaku kat luar. Second video interview takde masalah. tak taw plak semua orang tengok aku masa aku tengah berang kat audio man tu. Alhamdulillah menang jugak. jadi champion. Aku amik beg, blah balik Subang.
First day puasa pergi print report. last minit memang susah. Balik naik bas mini. Sekali ada awek freehair pakai baju bareback himpit aku. Adoyai~ nak cakap haven! bulan puasa. terpaksa la terseksa. nasib baik ada buku nak tahan. kalo tak, mati aku kena dakwa sexual harrassment bulan-bulan puasa nie. huhuhu. Buka puasa sorang-sorang. Standard. Makcik kerja. balik dekat masa berbuka. Of Course buka puasa tengah jalan. Aku faham. Tapi nasi jangan la masak sampai tiga cawan. aku makan secawan pun untuk dua kali makan. aku tak makan banyak bila puasa. cakap je nak makan banyak. Last-last, sikit jugak. Nafsu je tu. Second day puasa buka dekat The Mall. Sekali lagi. Kali nie tolong awek dari China melancong nak pergi K.Terengganu. Bawak pergi awek tu ke stesen, beli tiket, pergi KFC. Buka laptop, main internet. Leka. Nampak orang dah makan, baru buka puasa. Sampai pukul 9, pergi stesen putra. Bas sampai. Off to Paka.
Sampai Paka, tido. Bangun je, mandi, siap2, sewa keta. Keta Kelisa auto pun jadi. Aku nie jenis clumsy. Kalau drive kereta manual, asyik mati tengah jalan. Malas. Auto lagi best. Sampai company, jumpa semua orang dalam department. Suka. Rindu nak balik kerja. Rindu nak kerja sampai malam. Setel semua urusan, balik rumah sewa. Rindu rumah sewa. Petang tu beli ayam golek, makan ramai-ramai. 4 orang je ko ada masa tu. Ok la. Malam naik bas. Off to UTP, Perak.
Gosh. Arrived at Ipoh at 8am. We have to take bus to UTP and arrived here at 9am. A good man give us a lift. Then here I am. in IRC, doing nothing with some books of Software Engineering, Visual Basic programming and database and data mining. Pening hidup nomad nie.. hish!
No comments:
Post a Comment