Thursday, October 27, 2011

Flasher!






I met a flasher today! in front of my eyes!
well, not really a flasher, just sexual harassment.

my feeling?

TERRIBLE!

Wednesday, October 26, 2011

Itu


Itu yang dibina
dari kata-kata kepercayaan
dari kata-kata setiakawan

Membawa satu perkara
yang dinilai tinggi
dijunjung dijulang
ke langit angkasa

Itu yang runtuh
dari kata-kata kekecewaan
dari perbuatan tanpa sedar

Terbanglah bersama angin
Hanyutlah ke muara
Tenggelamlah ke dasar
Semoga ia membawa ketenangan jiwa

Quote: Hilang


Kalau sudah hilang, masakan mahu dicari lagi

Sunday, October 23, 2011

Last Friday Night


Last night, I laughed too loud until I forget my tears the night before.
Thanx for cheering my night.

Thursday, October 20, 2011

Lelah


Lelah
aku sudah lelah
lemah
aku sudah lemah
menjejaki kisah lama

pudar
aku harap ia pudar
hilang
aku harap ia hilang
dari ingatanku
dari mindaku

jauhi aku dari kepiluan hidup
jauhi aku dari tangisan duka
jauhi aku dari kermukaan

aku hanya mampu berserah
setelah ku bersusah
apakan daya itu Tuhan
akulah makhluk yang hina

Aku mencari
jalan untuk ku pulang
aku mencari jalan penyelesaian
Namun kau membuatku
hilang arah

Ku genang air mata
mengenang kisah lama
aku hidup merana
sampai bila akhirnya?

Cukup darimu satu senyuman
yang ikhlas dari hatimu
yang ikhlas buat diriku

Itu yang kupinta sebelum
kuhembus nafas
yang terakhir di dunia

Tuesday, October 18, 2011

Hampir

Hari nie hampir-hampir bertembung. Tapi tak jadi. Sebab aku ke arah lain, dia pun ke arah lain. aku letak nasihat kawan aku kat tepi. Mungkin kita dah tak ada jodoh bertemu lagi? Sekiranya itu yang terbaik, maka itulah yang dihajatkan.

Semoga yang baik itu didekatkan, yang jahat itu dijauhkan.

Monday, October 17, 2011

Monday Kiss- Tajuk takde kena mengena

It's 1025am. Baru je habis kelas. My class for today cuma this kelas sahaja.
So apa nak kena buat lepas nie?? Kita ENJOY!!!!!



Oooppsss... chup.. chup....

Apa kes nak enjoy-enjoy pepagi buta ni kan? Lets masak-masak dulu, then kita buat:
1. Distributed Computing Assignment
2. Dating bersama FYP1. Ddah dua minggu tinggalkan FYP. Kesian dia tinggal sorang-sorang... hehehe...

Meh sini meh.. ala bucuk-bucuk... bucuk-bucuk.....

Sunday, October 16, 2011

Rasa hidup kembali!

Malam nie sudah ada dua meeting.
Satu meeting sudah dipersetujui
Satu meeting tergempar.
Dua meeting, back to back. Tapi lain tempat.

8pm-930pm
First meeting pasal akademik. Selesaikan assignment dengan shahnaz. Teman dinner baru sem ini. bersama roommate dia, Ayien yang comel. Kami makan dinner dengan Alia sambil borak-borak masa intern.. hahaha.. banyak hal yang nak diceritakan. Once makanan dah habis, kami terus sambung meeting. Shahnaz ada banyak idea. Aku pulak ada idea tapi tak se-detail shahnaz. Tapi boleh la dari segi idea, nak sumbangkan dia punya rough architecture. huhu... Sejam kami pulun idea. last-last dapat jugak final decision.

930pm-1030pm
Wafi ajak meeting kat v4 cafe. Ada perubahan rancangan pada Student Advisory Board plan. Kitorang terpaksa cramp everything kepada dua hari. Paden in-charge for the forum. Aku pulak dengan brainstorming session. Adui, ramai pulak nak kena contact nanti. Harap esok hari boleh la semua dibuat. Susah jugak masuk SIFE nie. Masuk 2011 ni, dah 4 tahun masuk SIFE. Dah jadi Presenter 3 tahun. Cukup tahun depan dah lima tahun dah aku jadi SIFErs. Banyak perkara yang dilalui, banyak jugak ragam manusia yang kitorang temui. Kitorang berharap sangat mana-mana orang yang kitorang temui tu bersemangat nak ubah hidup mereka dengan lebih baik.

Habis meeting rasa nak minum air teh. Nak beli teh o ais kat V5 Water World kang pakcik tu dah spot. terus lencong masuk kedai V5. I grabbed the tea box, bayar, balik buat ayaq teh. Ayaq teh aku lagi sedap taw.. haha.. usaha nak kuruskan badan...

Teh Lipton sedap dibuat malam-malam yang sejuk.. hehehehe..

Siap ada instruction lagi... tapi still buat kelat. Sebab nak kurus~

Habis dua meeting rasa otak dah berfungsi kembali. Tapi masih belum berfungsi dengan betul. Mungkin perlukan lebih banyak meeting.

I'm a meeting whore.

late night supper


tak dapat nak tido. Bakar some breads, buat air milo. Harap lepas nie boleh tido nyenyak.

Saturday, October 15, 2011

Just say 'Hi!'

"Next time, if both of you bump on each other, just say 'Hi!' "

An advice from my friend to me for my problem. Will i be able to put on a smile on my face when seeing that person again? I hope I can do that.

Denai


Itu denai yang dia telah lalui
Denai yang membawa diri
dirinya mengadap yang Esa

Denai itu yang dia pernah kesali
dia pernah marahi
dia pernah tinggalkan

sepanjang usaha dia
membuka laluan baru
dia sudah tersalah
kakinya sudah berlumpur
tangannya sudah kasar
hatinya gundah

kini dia mencari denai itu
mengikuti denai itu
sedikit demi sedikit
memaut pada malaikat
melerai ikatan syaitan

Monday, October 10, 2011

Quotes: Bestfriends

"Bestfriend tak boleh duduk satu bilik."
"Oh really? Kenapa?"
"Sebab nanti nampaklah benda-benda yang tak berkenan."

It was during an interview last Saturday with one of students I interviewed. I just sighed and smiled. So true, for me la.

Sunday, October 9, 2011

Di akhir minggu kedua Semester Sept 2011

Dah dua minggu masuk belajar. Alhamdulillah.. setakat nie boleh nak cope lagi dengan matapelajaran yang diambil.
Seminggu sebelum masuk semester dah cuak. Kenapa cuak? Sebab tak dapat nak register major yang nak, Software Engineering. Sangat cuak. apa la nak jadi dengan nasib kan? Tapi bila dah masuk semester nie, gigih nak masuk kelas major Software Engineering. Ye la, kalau nak buat major Multimedia, tercangok aku depan lecturer tu! dah la tak paham apa yang diajar, tambah pulak otak tengah lembab nak terima apa yang lecturer ajar. Tak ke naya namanya tu?
Aku dah bajet dah nak amik major apa mula-mula masuk utp dullu. penting. At least dapat la tahu kemana kau nak pergi masa depan. Mula-mula nak buat Knowledge Management. Ye la, dapat tahu ada knowledge management nie tak banyak programming. Banyak research dan membaca. itu yang teman suka!!!
Nak pilih minor pun dah considered awal2. Bukan apa. Nak pandai kira duit ke? Nak pandai urus organization? In term of ability, teman lebih gemor membaca dari mengira. kalau kira-kira nie, agak FAIL di situ. Bukan apey, doh teman tengok result matematik teman idok ade yang cantik. Takkan le teman nok amik yang kire-kire, dok? Oops, tercakap Perok pulak yer..
Jadi, segala perancangan dalam pembelajaran itu haruslah berlandaskan minat dan kebolehan.
Ingatkan masuk UTP ni boleh la nak expandkan limits as student kan, amik mende2 yang over my limit so boleh jadi lebih hebat. Last-last, result exam jugak yang depa check. Macam mana sekarang? terpaksa la cheq amik major dan minor yang cheq boleh excel saja. Awat cheq cakap Penang nie?
Bila dah masuk minggu ke-3 ni, aku harap sangat yang semester ni taklah se-angau tahun lepas. Parah sangat dengan keputusan yang ada. Perlu menjadi lebih sibuk dan sibuk sampai makan pun tak lalu dan berjaya menguruskan berat badan! Hoyeah!!!!

Friday, October 7, 2011

Being selfish?

It came across my mind where the term selfish pop up in my head. It made me thinking for a while.
"Should i be selfish? Why I'm being so selfish? What benefit I get if i become selfish?"

I'm just too neglected to become selfish. May be i should be sometimes.

Saturday, October 1, 2011

Layan perasaan

Aku tak boleh kalau tak sibuk. Kalau tak sibuk, mula la nak layan perasaan. Tasik airmata la, bergendang-gendang la, menari-nari la. Aku pun fikir.
"Sampai bila aku nak layan perasaan?"

Dah dua tahun melayan perasaan. Ada yang terluka, ada yang ceria, dan ada juga yang menanggung derita. Tak masuk lagi part-part air mata. Semua tu dah jadi sejarah sahaja.

Aku pun selalu menoleh ke belakang, melihat diri aku yang lalu. Aku tengok diri aku yang kini. Aku masih lagi aku.

Sesekali menoleh ke arah orang lain. dan otak aku mula berfikir.
"Mengapa kita tidak boleh berhubungan seperti biasa seperti aku dan orang lain?"
Dan aku akan menjawab sendiri.
"Mungkin kita berdua masih trauma dengan apa yang berlaku."

Aku sentiasa mencari masa untuk melepaskan segala-galanya. Namun, masa itu masih belum tiba. AKu berharap Dia Yang Maha Esa lebih mengetahui segala-galanya.
Hidup dah menjadi satu permainan yang aku mesti tempuhi dengan berfikiran terbalik. Kerana kebanyakan apa yang dirancang, yang sebaliknya yang berlaku. Aku pun pening, Pening dengan pemikiranku. Adakah aku sudah tidak normal? Atau semua sudah tersurat. Cuma aku sahaja yang tidak dapat menerima.

Aku masih lagi meletakkan masa kita antara masa yang paling kuhargai. Namun, itu kan sudah menjadi sejarah, bukan?

Stress di awal semester.

Balik-balik UTP, semua komen pasal badan aku.
Dah besar.
Semakin Hot.
Dah tembam.
Semakin besar.

Stress pulak bila orang komen badan dah besar. Biasa la kan, bila duduk rumah makcik yang rasa kalau kita tak makan kita dah kebulur hape kan. Nak keluar pergi jogging kang ada banyak anjing, kawasan rumah tak selamat. nak exercise kat rumah tak banyak. rumah. Banyak perabot. kang lompat-lompat nanti ada yang pecah. Mati aku sana.
Nak buat macam mana? So semalam baru je joging. First time jogging selama seminggu sampai UTP. Dah putar hampir satu UTP. Buat second round. Pancit dah. Kena kurangkan makan, kena kuat exercise. Perut tak boroi. cuma badan je dah mengembang. Kalau ada budak2 patah bertanya, alasan berbunyi:
"I baru beranak anak I. Biasa la, 9 bulan kan. sempat la mengandung anak sorang."

Selama ni badan tak pernah naik sebanyak ni. Selama nie badan kurus keding sahaja. Muka sentiasa cengkung. Jadi disfiguration nie agak mengejutkan. Sebagai langkah pertama, kurangkan makan, banyakkan puasa sunat dan tak lupa untuk jogging setiap petang. Semalam jogging terus amik 10KM. Letih. pagi2 semua sendi dah sakit. tak boleh nak bergerak sangat. Tambah-tambah lagi kaki kanan sakit kat buku lali. dekat joints. sama jugak pada kaki kiri. Tapi dekat lutut. takut jugak kalu semua dah haus ke. Tapi semua sakit nie ada lepas habis internship dan mula belajar jalan mengangkang. AKu dah cuba taknak jalan terkepit-kepit. tapi still sama jugak. Kalau jalan terkangkang tu orang cakap macho sikit. Tapi rasa jalan mengangkang nie rasa cacat pulak. Nak pulak kaki kiri kanan sakit masa praktik jalan kangkang nie. Kadang-kadang terfikir jugak.
"Patut ke aku teruskan dengan sakit kaki nie?"

Aku pasrah. biarlah kalau kaki nak jalan terkepit pun. Semua benda nie dah jadikan badan sakit dah. aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi nak bagi sihat. kalau masa kerja tu ok je. takde masalah. Demam, alah tu biasa la kan. Tapi bila dah cuti dua bulan nie, otak dah lembab, badan dah sakit, lemak dah bertambah, bila cuti nie buat diri lebih tak sihat. Itu yang nak duduk rumah dekat Kuala Krai. At least ada la jugak kerja nak kemas rumah, buang sawang, pergi kubur ummi dan abah ke. tapi semua tak harap. Takut ada orang masuk rumah, tetak leher aku la. Memang tak salah nak risau. tapi semua kerisauan tu terlalu melampau. Terlalu melampau. Tambah-tambah lagi kalau bab-bab makanan. Dah tahu orang nie tak makan banyak. Paksa jugak makan. Kalau perut aku setan je duduk, boleh la nak. bagi. Tapi, rasanya setan dalam perut pun tak mampu nak makan banyak. Banyak sangat.

SIFE WOrld Cup 2011 dah dekat. Sayang cuma boleh datang masa opening ceremony saja. Tak pe la. At least boleh daftar masa world cup tu. Jadi, agenda semester nie, FYP, kurangkan berat badan dan study banak2 agar dapat 4.0.