Saturday, October 1, 2011

Stress di awal semester.

Balik-balik UTP, semua komen pasal badan aku.
Dah besar.
Semakin Hot.
Dah tembam.
Semakin besar.

Stress pulak bila orang komen badan dah besar. Biasa la kan, bila duduk rumah makcik yang rasa kalau kita tak makan kita dah kebulur hape kan. Nak keluar pergi jogging kang ada banyak anjing, kawasan rumah tak selamat. nak exercise kat rumah tak banyak. rumah. Banyak perabot. kang lompat-lompat nanti ada yang pecah. Mati aku sana.
Nak buat macam mana? So semalam baru je joging. First time jogging selama seminggu sampai UTP. Dah putar hampir satu UTP. Buat second round. Pancit dah. Kena kurangkan makan, kena kuat exercise. Perut tak boroi. cuma badan je dah mengembang. Kalau ada budak2 patah bertanya, alasan berbunyi:
"I baru beranak anak I. Biasa la, 9 bulan kan. sempat la mengandung anak sorang."

Selama ni badan tak pernah naik sebanyak ni. Selama nie badan kurus keding sahaja. Muka sentiasa cengkung. Jadi disfiguration nie agak mengejutkan. Sebagai langkah pertama, kurangkan makan, banyakkan puasa sunat dan tak lupa untuk jogging setiap petang. Semalam jogging terus amik 10KM. Letih. pagi2 semua sendi dah sakit. tak boleh nak bergerak sangat. Tambah-tambah lagi kaki kanan sakit kat buku lali. dekat joints. sama jugak pada kaki kiri. Tapi dekat lutut. takut jugak kalu semua dah haus ke. Tapi semua sakit nie ada lepas habis internship dan mula belajar jalan mengangkang. AKu dah cuba taknak jalan terkepit-kepit. tapi still sama jugak. Kalau jalan terkangkang tu orang cakap macho sikit. Tapi rasa jalan mengangkang nie rasa cacat pulak. Nak pulak kaki kiri kanan sakit masa praktik jalan kangkang nie. Kadang-kadang terfikir jugak.
"Patut ke aku teruskan dengan sakit kaki nie?"

Aku pasrah. biarlah kalau kaki nak jalan terkepit pun. Semua benda nie dah jadikan badan sakit dah. aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi nak bagi sihat. kalau masa kerja tu ok je. takde masalah. Demam, alah tu biasa la kan. Tapi bila dah cuti dua bulan nie, otak dah lembab, badan dah sakit, lemak dah bertambah, bila cuti nie buat diri lebih tak sihat. Itu yang nak duduk rumah dekat Kuala Krai. At least ada la jugak kerja nak kemas rumah, buang sawang, pergi kubur ummi dan abah ke. tapi semua tak harap. Takut ada orang masuk rumah, tetak leher aku la. Memang tak salah nak risau. tapi semua kerisauan tu terlalu melampau. Terlalu melampau. Tambah-tambah lagi kalau bab-bab makanan. Dah tahu orang nie tak makan banyak. Paksa jugak makan. Kalau perut aku setan je duduk, boleh la nak. bagi. Tapi, rasanya setan dalam perut pun tak mampu nak makan banyak. Banyak sangat.

SIFE WOrld Cup 2011 dah dekat. Sayang cuma boleh datang masa opening ceremony saja. Tak pe la. At least boleh daftar masa world cup tu. Jadi, agenda semester nie, FYP, kurangkan berat badan dan study banak2 agar dapat 4.0.

No comments:

Post a Comment