Tengkujuh itu
membawa satu erti
yang hanya bermakna
pada jasad itu sahaja
Tengkujuh itu
membawa seribu satu soalan
kepada mereka
yang mencari sumbu keadaan
Di situlah petir dan guruh
bercanda riang
memanah langit
menggegar darat
menurunkan manik-manik kesedihan
yang sudah lama dikandung
apa tengkujuh ini
akan terus mendatang?
atau berpindah ke tanah lain?
atau memanjangkan cabangnya?
No comments:
Post a Comment