Monday, March 5, 2012

Selamatkan Adik Natasya!

Memandangkan hari ni birthday aku dan aku sebenarnya nak buat kerja tapi dilayannya tido ternganga ha kau.. memang tak jadi la. Jadi aku buat lah entry kali ni...

Hari ni twitter sibuk bercakap pasal sorang minah ni yang kata bangga dapat minum arak. Dan dia cakap dia tak buat maksiat pun...

My first reaction was:
"Wao minah nie! Hebat siot minum arak masuk facebook! *kutuk xde agama la blah3"

Then aku pun join sama2 la kutuk2 kat twitter. Tiba-tiba rasa nyesal pulak.
"Sedap mulut kau kutuk orang. kau ingat kau tu baik sangat?"

Aku pun mula la nak tgok siapa budak ni dan apa masalah dia.
aku buka Nota Kosong punya blog. Kisah Adik Natasya Loffa.

Ini entry tertunda Nota Kosong. Sebagai orang yang sambut birthday hari ni, aku rasa agak terkilan la. Ada jugak sambut birthday togok arak. Aku pun semalam sambut birthday minum kopi tin sambil tengok Man U lawan Spurs semalam. Tu pun study untuk test pagi ni.

Sebagai orang yg selalu curious (baca:busybody) aku pun mula la rajin meng-google siapakah beliau ini. Aku jumpa dua blog. Satu blog ada satu entry Natasya Loffa Life dan satu lagi yang banyak entry; Natasya Loffa. Siap ada fanpage lagi! Bertaubatlah Natasya Loffa

Bagi aku, Natasya ni sama je dengan gadis2 biasa di luar sana. Ada BFF, ada boyfriend, ada kawan2 masuk modeling selection, gaduh2 dgn boyfriend, sambut birthday. Normal la macam orang lain. Cuma dia ni mungkin kurang didikan agama la kot. My assumption. Kalau ada kawan2 Natasya tu, boleh la tolong betulkan. Mana la tahu dia belajar sekolah agama ke, kan?

Natasya ni dia sayang sangat mak dia. My assumption Natasya ni anak kepada seorang ibu tunggal. Pasal bapak dia aku tak nak la amik tahu. Bagi aku, mak dia ni kuat bekerja nak sara hidup diorang. Mak dia pun mesti sayang gile2 kat Natasya ni.

Kalau kita tengok komen Natasya pada caption tu, kita pun tahu dia sayang mak dia. Sangat-sangat. Dia pun tinggal sorang2 kalau mak dia tak ada nanti.

Bila aku baca semua ni, aku tak rasa nak kutuk dia lagi. Natasya ni kira antara remaja-remaja Islam yang terlepas peluang memahami ajaran Islam dengan betul. Dalam komen dekat fb tu, dia cakap dia tak buat maksiat. Dia cuma minum arak dan mabuk sahaja. Subhanallah.

Tafsiran aku dalam mesej dia tu, aku rasakan dia beranggapan bahawa maksiat tu bila ada persetubuhan antara lelaki dengan perempuan sahaja. Kalau minum arak ke apa di kira ok lagi.
Itu yang aku rasa.

Ini satu contoh yang baik kepada ibubapa dan dan golongan muda agar tidak melupakan ajaran agama untuk disemai dalam diri anak2. Kadang-kadang ibubapa terlalu kuat bekerja sampai lupa akan tanggungjawab terhadap anak-anak sehingga anak-anak mencari keseronokan sendiri. Tambahan pula, kalau berada di kota raya, pengaruh-pengaruh negatif itu banyak. lagi la risau ibubapa dengan kehidupan sosial anak-anak. Kerana anak-anak itulah yang membentuk pemimpin masa depan. Namun, kalau segala ilmu agama dah diberi, jalan yang salah tetap dipilih, berdoalah agar hatinya dibuka untuk menuju jalan yang benar. Bagi aku, Natasya ni dah kira baik la jugak sebab dia masih sayang ibu dia. Yang lain tu je la agak memeranjatkan. Kalau dia berkelakuan baik, sopan, menjauhi arak dan perkara-perkara maksiat, dia mungkin jadi anak yang solehah. Sejuk perut mak mengandung nanti.

Lagi satu, nasihat kepada semua. Kita tak perlu share private life kita dengan orang lain dalam Internet. Internet ni ada berjuta orang yang akan tengok apa yang kau buat. Dan kalau gambar tak senonoh tersebar mula la jadi isu hangat. So, untuk adik Natasya, aku harap dia delete account facebook, twitter dan blog dia secepat mungkin. Nanti stress kang, panjat KB Mall dan nak bunuh diri pulak.

Nauzubillah.

p/s: birthday rasa tak best sebab ada post mcm ni

1 comment:

  1. Dah lame tak berjenah dalam dunia maya . Bertahun dah cerita ni , alhamdulilah dengan keadaan sekarang . Saya memohon ribuan pertolongan , saya memohon blogger hapuskan tentang entry ini . Saya harap sangat . Terima kasih .

    ReplyDelete