Ku masih melihat
sejarah lama yang terukir
melihat kehalusan garisan
dan kekasaran kesilapan
ku masih memegangnya
bola kristal yang menjadi temanku
penyaksi segala-galanya
penuh dengan ukiran cerita
cerita tentang seorang manusia
semakin hilang ukiran yang halus
diganti cakaran kesilapan
diletak warna kemurungan
tangan yang menyokong
sudah reput memegang
semakin ditahan kristalnya
semakin banyak membawa luka
ingin dihancurkan
rasa bersalah
ukiran halus di dalam
menjadi pemanis kehidupan
luka di tangan itulah pelengkap kehidupan
Hati meronta
laksana luka ditangan
meretakkan hati di jiwa
tidak tertanggung
melihat badan merana
walaupun menipu pandangan mata
tirai senyuman dilabuhkan
agar duri di hati tidak dilihat
agar jiwa-jiwa yang kudus
tidak mudah risau
mungkin suatu hari nanti
kristal itu akan dijatuhkan
dari pegangan tangan
Sang Masa akan merawat
keretakan hati
dan luka di tangan
sekiranya ada ruang
untuk kristal itu ditinggalkan
Mungkin warna-warna di dalam
akan mengikut jiwa ini
kerana manusia
tidak dapat lari dari sejarah.
No comments:
Post a Comment