Saturday, June 26, 2010

Khilafku


Maafkan diri ini
yang penuh kekhilafan
yang tidak sempurna

ku akui silapku
menjadi boneka nafsu amarah
menjemput derita
dalam hidupmu

Siapalah diriku untuk
menerima kasih agungmu

kemaafanmu kunantikan
hanya itu sahaja
cukup buat diriku
terlepas dari
belenggu kesalahan

khilafku maha agung tidak terampun
ditarik ke lembah kehinaan
penuh lumpur dosa

kutidak mahu kau ditarik bersama
biarlah kulihatmu dari jauh
cukuplah mimpi menjadi mimpi

tapi takdir itu pandai bermain
semakin cuba kulari
semakin dekat ia mendatang

ku bukan sekuat yang kau sangka
senjataku semakin tumpul
aku semakin lemah

ku rela lepaskanmu
kerana tidak mahu
kau menanggung derita

lewat, sesal
khilafku membenarkan
semua ini berlaku
derita itu jatuh padamu
dan aku
menanggung sengsara

kiranya dirimu mendiam diri
bunuhlah aku sekarang
hentikan derita ini
buat selama-lamanya

1 comment: