Tuesday, June 8, 2010

Tasik Silam


jangan bawa aku ke tasik silam
kerana itu airmataku yang pernah hilang

jangan bawaku ke pohon harapan
kerana aku sudah tidak dapat merasa manis buahnya

jangan bawaku ke penjara kekeliruan
kerana diriku bukan tahanan perasaan

Kusembah maaf mohon keampunan
walaupun kutahu kau tetap berkeras

semakin ku tinggalkan bayangmu
semakin kuat ia mendatang

tidak ku pinta cintamu padaku
kerana siapa aku untuk menerimanya

khabarkan kemaafanmu
bagaimanapun caranya

kerana hidupku ini
mampu bertahan sampai di sini sahaja

Andai diriku insan yang hina
mahu sahaja hilang di dunia

Andai diriku satu malapetaka
Lupakan aku buat selama-lamanya

No comments:

Post a Comment