Tuesday, October 26, 2010

Dengki - apa yang anda dapat?

Malam nie saya nak bercakap pasal dengki.
Dengki ni bukan apa, semua orang ada penyakit nie. Biasalah dengki mendengki nie dalam hidup kan. kalo tak dengki, tak mungkin orang panggil anda manusia.

Saya pun pernah dengki kat orang. banyak kali. sapa tak pernah dengki??? kalo takde tu tipu la kan... kalo nampak kawan kita dapat result best sket nak dengki. Jiran sebelah beli sofa baru, nak dengki.

Tapi, sampai bila kita nak mendengki? apa yang kita dapat kalo kita nie suka mendengki? dapat duit ke? Kalo dapat duit sebab dengki tu, sah2 duit tu tak berkat. Sikap dengki ni buat kita punya hati jadi busuk taw. Orang yg tgok kita dengki kat org lain pun dapat chop kita nie kaki dengki. Tak ke imej kita dah buruk di mata org sekeliling kita?

Tak cukup dengan itu, kita asyik merungut je pasal si polan si polan yang dapat something something and kita cakap macam mana si polan tu dapat bende tu, apa yang si polan dah buat. Ish ish ish.. tak baik sikap kalau diamalkan. Ditambah2 dengan fitnah. Kalau betul mengata, kalau salah fitnah. Sebaiknya janganlah kita suka mempitnah dan menjatuhkan orang lain. Kalau bersaing, bersainglah dengan adil. memberi produk/servis yang lebih baik. Ini lebih sihat. Ini tidak. Dijatuhkan pesaing2, lepas tu produk/servis masih tak berubah. masih di takuk lama. Ini BODOH namanya.

Penawarnya senang sahaja. Dengki nie perasaan dalam diri. Kalau ada orang yang dapat sesuatu lebih daripada kita, kita patut BERGEMBIRA bagi pihak mereka. Jangan la lebih2 sampai buat kenduri pulak. Cukup kita tumpang gembira dan berdoa agar kita diberikan benda yang sama dengan orang itu.

Tetapi, janganlah kita mendoakan seseorang itu ditimpa bala, walhal dia tak pernah kacau hidup kita sekalipun. AWAS. Kita ini sebagai manusia yang punya akal fikiran rasional dan mempunyai perasaan, mestilah sentiasa mendoakan kebahagiaan semua orang.

No comments:

Post a Comment