Monday, November 15, 2010

Borak-Borak: Dilema Pelajar

baru habis short meeting dgn kawan. Maybe football match antara Malaysia n Iran dah habis kot. Last skali dapat tengok, Iran dah score 2 gol. Shilako! Sejak study dengan Gowe, dah addict tengok bola. Apakah? hahaha... ok la. kita borak-borak pasal tajuk Dilema Pelajar yang saya post semalam.

"Bila nak exam baru la nak terhegeh-hegeh baca Quran, solat tahajud, solat hajat apa. Kalau tak, tak buat pun."

Pelajar la kan. Biasa la. bila nak exam baru nak gaduh-gaduh nak ingat Tuhan. Sebelum tu? ada nak ingat?
Sebagai seorang Muslim, kita mestilah ingat sentiasa pada Tuhan. Namun, kita sebagai manusia sering kali terlupa. Begitulah insan. Insan bermaksud orang yang selalu lupa. Kita belajar, kita hidup, mestilah bergantung pada Tuhan. Tiada makhluk lain yang patut kita beri pergantungan yang mutlak (ultimate dependance) melainkan Allah SWT.
Sekiranya ada statement seperti ini dikatakan oleh orang lain, atau timbul dari diri sendiri, janganlah ia menjadi satu halangan pada diri kita. Kadang kala, kita terlalu merendah diri sampai perkara yang dipuji Allah pun kita malu nak lakukan. Kita mestilah sedar bahawa, apa-apa perkara atau perbuatan yang dipuji Allah itu merupaka perbuatan yang baik dilakukan. Tidak kiralah orang lain memandang serong bila kita mahu berubah kerana manusia itu tidak sempurna sifatnya. Kita boleh berubah sikit demi sedikit. Perlahan-lahan, kita belajar hikmah di sebalik perintah-Nya.
Bila kita nak baca Quran, nak solat hajat, tahajud dan sebagainya, lakukanlah. Jangan difikirkan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain. Biarpun kita baru mula buat semua itu menjelang musim exam sahaja, janganlah kita malu. Sambil-sambil kita berdoa pada Allah agar habit ini menjadi habit kita setiap hari. Sekiranya kita sudah usaha untuk mengekalkan habit yang baik ini, tetapi kita tetap tidak dapat mengekalkannya, janganlag bimbang. Kita sudah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan habit ini satu habit yang kita akan lakukan. Namun, mungkin kita masih belum kuat imannya untuk beramal secara berterusan.
Tapi, janganlah kita tinggal terus habit yang baik ini. kita mestilah sentiasa berazam menjadikan perkara ini sebagai sesuatu yang lazim. Insya Allah, kita akan dapat menjadikan habit yang baik ini sebagai sesuatu yang memberi manfaat kepada kita di Akhirat kelak.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment