Bulan puasa dah menjelang dah..... jadi semua umat Islam mestilah berpuasa.... Aku bersyukur sebab masih panjang umur lagi sebab ada peluang dapat menyambut Ramadhan kali ini...
Ramadhan ini mengingatkan aku pada ramadhan yang lepas, yang penuh dengan keriangan, gelak tawa serta kasih sayang. Aku sudah bersedia, sekiranya ramadhan itu merupaka ramadhan yang terakhir dalam hidupku, raya lepas merupakan raya terakhir dalam hidupku, kegembiraan lepas merupakan kegembiraan terakhir bagiku.
Aku kadang-kadang rasa bodoh, sesal dan sedih pada masa yang sama. Kalau bukan kerana kesilapanku, mungkin aku tidak sedih, tidak lagi mengeluh kesal, tidak lagi menangisi kisah lama. Tapi semua itu kalau. Tuhan itu Maha Agung, takdir ini menentukan segala-galanya. Aku terima dengan redhanya kerana setiap peristiwa pasti ada hikmah tersendiri.
Aku masih lagi terumbang ambing lagi. Perasaanku masih silih berganti, masih sedih, masih sesal, namun tidak lagi sekuat dahulu. Aku kini menapak langkah baru. Aku kini melihat ke hadapan. Kisah silam aku yang pahit itu masih menghantui aku. Aku mahu pergi dari sini. Jauh dari dia yang pernah aku sakiti. Yang pernah aku khianati. Yang pernah aku sayangi.
Ramadhan kali ini kuharap dapat membawa harapan baru. Harapan yang dapat membawa aku keluar dari sini. Membuka satu perjalanan baru yang aku sendiri tidak tahu liku-likunya. Tetapi tidak mengapa kerana sudah tiba masa aku melepaskannya.
No comments:
Post a Comment