Blog merapu meraban segala macam benda yang diluahkan dan diutarakan dari sudut pandangan penulis.
Wednesday, August 25, 2010
Gendang
Selama ini aku memukul gendangku
Akulah yang menari mengikutnya
Aku bebas memukul gendangku
Aku bebas menari mengikut rentakku
Itu gendang aku
Aku bertemu denganmu
Kau memukul gendangmu
aku suka mendengar gendangmu
aku suka rentak gendangmu
mula menari bersama gendangmu
sampai aku terbiasa dengan gendangmu
gendangku pula terbiar tak sudah
Malang tariku mula berubah
kau yang murka
memukul gendangmu penuh amarah
langkah tariku memohon kemaafan
gendangmu masih kedengaran
langkah tariku kian rosak
aku mengangkat gendangku
aku letih menari maaf
kini ku pukul gendangku
bukan mahu melawanmu
aku mahu irama baru
harmoni hidupku
tenang jiwaku
cantik tariku
itulah aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment