Saturday, August 28, 2010

Benci


Lantang suara kau
menghina satu insan
yang punya perasaan

Lantang suara kau
mencemuh sikap dia
yang tidak kau suka

Apa kau ahli sufi
yang tinggi darjatnya?

Apa kau insan mulia
yang dijanjikan syurga oleh Nya?

Marahku pada sikapmu
yang suka membenci mereka
yang tiada berbuat salah
padamu?

Hei manusia
Sesungguhnya Tuhan
menjadikan kita pelbagai

Tadah tanganmu
bersyukurlah kau
dilahirkan normal
segala-galanya normal

sedangkan sekarang
kau bongkak dengan dirimu
pada yang lain?

Jika anak cucumu
ditakdirkan begitu
mahukah kau menerimanya?

bongkaklah
bencilah
hinalah
sekiranya mereka
tidak berlaku kejam padamu
maka kaulah
yang menzalimi mereka

2 comments: