Sunday, August 8, 2010

Hanya kita berdua


Hanya kita berdua
melihat tembus
seperti kaca
berlalu pergi
laksana bayu sahaja

Kita membisu
diam seribu bahasa
benci bercampur duka
sesal bercampur luka

Hanya kita berdua
di atas dunia
mampu membuka
pintu rahsia
yang dijaga oleh-Nya

Kupinta ehsanmu
kau berteka-teki

Kau pukul gendangmu
aku ikut menari

Gendangmu kian rancak
tariku kian rosak
kakiku kini sudah letih
mengikut iramamu
yang unik

aku tidak mampu
memukul gendangku
mengajakmu menari
mengikut paluanku

Benih damai kusemai
racun sepi kau curahkan
Adakah kudup benci
yang kau harapkan?

Aku masih aku
Kau masih kau
Tiada beza
tiada sama
takdir menentukan
segalanya

Hanya kita berdua
mengakhiri segalanya
agar tiada kesan
buat selamanya

No comments:

Post a Comment