Saturday, October 1, 2011

Layan perasaan

Aku tak boleh kalau tak sibuk. Kalau tak sibuk, mula la nak layan perasaan. Tasik airmata la, bergendang-gendang la, menari-nari la. Aku pun fikir.
"Sampai bila aku nak layan perasaan?"

Dah dua tahun melayan perasaan. Ada yang terluka, ada yang ceria, dan ada juga yang menanggung derita. Tak masuk lagi part-part air mata. Semua tu dah jadi sejarah sahaja.

Aku pun selalu menoleh ke belakang, melihat diri aku yang lalu. Aku tengok diri aku yang kini. Aku masih lagi aku.

Sesekali menoleh ke arah orang lain. dan otak aku mula berfikir.
"Mengapa kita tidak boleh berhubungan seperti biasa seperti aku dan orang lain?"
Dan aku akan menjawab sendiri.
"Mungkin kita berdua masih trauma dengan apa yang berlaku."

Aku sentiasa mencari masa untuk melepaskan segala-galanya. Namun, masa itu masih belum tiba. AKu berharap Dia Yang Maha Esa lebih mengetahui segala-galanya.
Hidup dah menjadi satu permainan yang aku mesti tempuhi dengan berfikiran terbalik. Kerana kebanyakan apa yang dirancang, yang sebaliknya yang berlaku. Aku pun pening, Pening dengan pemikiranku. Adakah aku sudah tidak normal? Atau semua sudah tersurat. Cuma aku sahaja yang tidak dapat menerima.

Aku masih lagi meletakkan masa kita antara masa yang paling kuhargai. Namun, itu kan sudah menjadi sejarah, bukan?

No comments:

Post a Comment