Sunday, November 1, 2009

Topeng putih

Topeng putih
siapa sangka disebalik topeng putih itu
tersembunyi muka hitam yg dipenuhi calar?

Calar-calar yang ditoreh
sedikit demi sedikit
pabila sang masa beredar pergi

Malu
malu pemilik muka itu
menutup calar-calar itu dengan topeng putih
agar teman-teman
tidak takut berada disisinya

Siapa mahu calar-calar itu ditunjukkan kepada orang lain?
Siapa mahu jambatan bernama 'PERSAHABATAN' runtuh ditelan ombak KEBENCIAN, KEHINAAN dan KEMUSYKILAN?
Si manusia tidak mahu calar-calar itu terbuka mahupun sebahagian sahaja.

calar-calar itu mula bergerak
keluar dari topeng putih itu
yang menjadi perisai setia si penggunanya

tatkala calar-calar itu menyerupai topeng putih,
tatkala calar-calar itu dilihat,
topeng putih menjadi mangsa

sedangkan topeng itu menyiram air KEIKHLASAN,
membajainya jambatan PERSAHABATAN dengan KEJUJURAN
serta mencari sinar mentari KECERIAAN,
bunga SENGKETA jua yang tumbuh setelah topeng putih itu ditanggalkan.

Calar itu tidak suka sekiranya topeng itu dipersalahkan
calar itu tidak suka sekiranya topeng itu menjadi mangsa keganasan ombak KEHINAAN, KEBENCIAN DAN KEMUSYKILAN.
cukuplah Calar itu dipersalahkan
cukuplah calar itu dihina
cukuplah calar itu diinjak-injak tanpa belas kasihan

topeng itulah yang menolong kawan yang dibelenggu rantai KESUSAHAN
topeng itulah yang menceriakan insan yang dibawa angin KESEDIHAN
topeng itulah yang yang mahu teman-teman menghamparkan permaidani SENYUMAN di bibir
mereka

Namun
sekiranya topeng itu tidak diperlukan lagi,
topeng itu akur
akan turun topeng itu,
diganti dengan topeng MALU
selagi calar dimuka itu tidak boleh dihilangkan
selagi hayat si pemilik masih ada.

No comments:

Post a Comment