Friday, February 24, 2012

Reflection: Pernahkan kita menilai diri kita?

Entah la. Hati aku hari ni semacam je. tak tahu la hari jumaat ke apa kan. Tiba-tiba nak buat status macam ni. Korang pernahkan buat benda macam ni kan? Tipulah kalau takde sekelumit pun dalam hati korang perasaan macam ni. Aku pun ada. Selalu sangat benda2 macam ni berlaku dalam hidup. Kau jumpa orang ni, dia buat perangai macam ni la, macam tu la, dia suka buat benda2 buruk la.
Cuba kita ambil masa kita sekejap. Kenapa kita cakap orang tu buat benda2 macam ni? Kenapa dia buat mcam tu? Apa yang kita dapat dengan kutuk orang tu? Kadang-kadang aku pun muak dengar benda-benda macam ni. Bukan apa, yang kau kutuk tu pun kawan kau jugak, teman kau jugak, saudara kau jugak.
Eh, kejap! Kejap!
"Kau ingat perangai kau tu baik ke? "

Ini persoalan yang akan muncul dalam kepala otak aku bila aku tengok keburukan orang. Kadang-kadang dah susun ayat kan nak kutuk orang tu, soalan ni pun datang. Paling buruk, bila kau dah kutuk orang tu, persoalan tu pun datang.
Kita ni kalau nak komen pasal orang kan, laju je... Ye la! Si polan ni buat benda ni, si polan ni teruk la, itu la ini la.
Pernah tak kita tengok diri kita kat tempat diorag tu?
Pernah tak kita rasa kita pun ada sifat2 tu? Pernah tak kita menilai diri kita sejauh itu.

Aku pun bukan baik sangat. Ada la jugak khilafnye kan. Hidup ni buat silap. Perangai cam celaka pun ada. Bukan semua orang sayang kat kau. Bukan semua orang benci kat kau. Bila kita buat salah tu, mengaku je la. Kalau kau dah jelas-jelas dah salah, jangan la nak deny2 lagi. Mintak maaf.
Masalah manusia ni bila dia nak mintak maaf tu berat sikit. Berat sangat2. Macam ada emas jatuh dari mulut dah kalau nak minta maaf. Biasakan diri meminta maaf. Bukan apa, sebagai seorang yang penuh kesilapan, kita kadang2 tu kena minta maaf jugak. Even benda kecik pun, minta maaf lah sebab dengan meminta maaf orang akan pandang kita ni beradab la sikit.
Nak tahu bila nak minta maaf tu pun satu hal. Kena tahu timing. But people always say:
"Timing is a bitch"

Bukan aku nak cakap timing is a bitch yang anjing betina ke mana2 pompuan yang annoying, tapi lebih nak cakap, nak cari timing tu susah. Dalam hal ni, kita kena jadi sensitif dengan persekitaran. Jadi sensitif dengan persekitaran dengan jadi sensitive person tu lain eh. Nanti aku postkan pasal dealing with sensitive person, even aku pun xde expert sangat dalam hal2 ni. Haha..
Sensitif dengan persekitaran maknaya kita kena pandai respond dengan persekitaran kita, respon pada orang2 sekeliling kita semasa kita interact/ berintraksi dengan mereka. Ye la, manusia ni lain2. Setengah orang, kadar melenting dia lain2. boleh ada level2 la. Ada yg level rendah, ada yang level tinggi. Dalam teori aku ni, level rendah ni jenis yang tak sensistif langsung la. Kau cakap la apa je kat dia, kau kutuk la apa2 pun pasal dia, dia buat dunno je. Orang macam ni dia ada dua jenis je respond dalam diri dia. Dalam bahasa omputehnya: He don't give a F*** . Dalam hati dia hati dia mungkin ada dua perception je pada kita/orang yang kutuk dia:
1. "So what? Bukan aku cilok duit kau pun."-Dia rasa pathetic kat orang yang kutuk dia
2. "Eh??? Apa dia???" - Yang ni jenis blur. Tak makan kutukan.

"Sometimes proud je jadi who they are."

Yang level tinggi ni pulak jenis senang nak merajuk, melenting, marah dan sebagainya. Kau jentik sikit je dia tu, terus merajuk meraban apa. OK. Yang ni banyak jenis respon dia. Aku pun tak jumpa conclusion for this kind of person. Ada certain people ingat orang benci dia la, dia jadi benci orang la, dia jadi paranoid dengan orang jenis macam tu la dan banyak lagi alasan2 yang bermain di minda diorang. Aku pun kadang2 pun boleh jadi gila nak cakap pasal orang ni.
"Eh, baby ni pun nak sensitive jugak? Susah ni."

So, kita kena la jadi sensitif sikit biarpun kita tak sensitif. Sebab apa? Sebab manusia ni taraf sensitivity dia lain2. Kita mungkin la tak sensitif, tapi kawan kita tu sensitif ya amat, kena la jaga mulut tu sikit. Macam aku la. AKu ni kadang2 mulut puaka, cakap main lepa je dah tak ingat dunia apa yang aku cakap. Kang ada pulak terasa kang. Hadoi la~~

Nak dijadikan cerita la. Semester ni baru ambil minor. Dalam kelas tu ada la aku confess tak bawak assignment, then lecturer pun buat discussion dalam group. Dalam tengah pom parang pom prang dengan kawan tu, lecturer pun datang la bagi notes kan. Sebagai seorang yang polite (la sangat. Poyo!) aku cakap la terima kasih dalam nada yang riang. Lepas tu lecturer macam buat awkward. "Come again? What's that suppose to mean?" Hadoi. Masa tu aku dah cuak dah. Memandangkan lecturer tu aku tak kenal sangat, aku cakap la yang aku really mean that gratitude. Maybe some people think our thank is a sarcasm. Owh Please, I don't really do that. I do it occasionally. Hehe... And after the class, I apologize if i misbehaved in her class. Even she said she don't mind it, kata hati siapa yang tahu kan? Tak nak buat benda ni melarat, baik aku apologize. Bukan apa, kalau ada benda yang dibangkitkan, kita cakap la kita dah apologize. on the spot. The one yg nk maafkan is them. kita dah lepas dah minta maaf.

Kadang-kadang kita selalu cakap diri kita baik, tapi kita tak pernah tengok diri kita yang jahat. Bagi aku perkara ni elok kita letak dalam minda kita, kita fikir banyak2, muhasabah diri banyak2 sebab kita pun bukanlah orang yang sempurna. Kita pun ada cacat celanya dan kita kenalah sentiasa berusaha membaiki diri kita menjadi lebih baik. I'm not implying that we need to change ourselves to fit other people, I mean we need to be ourselves and improved our attitude with more positive values. Penting sekali untuk kita buat reflection supaya kita pun boleh faham apa perasaan orang bila dia diperlakukan sedemikian rupa dan macam mana kita nak bergaul dengan dia. Batas-batas pergaulan dan kata tu penting. Bukan untuk menyekat kebebasan kita, tetapi untuk kesejahteraan bersama.

p/s: btw, kalau korang gaduh dengan kawan/sedara pun korang tak selesa kan? inikan lagi orang lain.

No comments:

Post a Comment