Wednesday, June 29, 2011

Jalur Biru

Kulepaskan jalur biru
yang sentiasa bersamaku
ku hilangkan jalur biru
dari hidupku sementara
agar aku melihat dunia

Jalinan jalur hijau kulepas sudah
Kini Jalur biru ku lepas ke udara
terbanglah bebas
terbang bebas ke angkasa

sampai bilakah aku mampu untuk
terus berada di sini?
sampai bilakah aku mampu untuk
bertahan seperti ini?

Ku kunjungi tasik duka
memanggil awan luka
menurunkan hujan wasangka

Tuhan itu Maha Kaya
Segala ilmu ada pada-Nya
Aku hanya hamba yang lemah
tidak terdaya

Bawaku pergi angin
Bawaku jauh dari tasik duka
Bawalah pergi api benci
yang mula marak setelah
sekian lama

Aku penyebab luka
aku memberi duka
kau tiada salah apa
hanya aku sahaja
yang gila

Tuesday, June 28, 2011

Tuhan

Tuhan, hanya satu aku minta dari-Mu.
Jauhkan aku dari kisah duka.
Bebaskan aku dari perangkap masa.
Hilangkan aku di mata dunia.

Monday, June 27, 2011

Buat baik

kalo hang buat baik kat aku, aku try buat baik banyak2 kat hang. kalo hang pedajal kat aku. Aku serah hang kat Tuhan. Hang tu kena ingat Tuhan. Akai ada ka?

Siapa kau?

Hati ini keruan
mendengar melihat
hati ini terasa tersentuh
bila kata-kata penuh makna

siapa kau?
siapa kau?
siapa kau?

mengorak langkah penuh angkuh
di atas bumi ini
bangga atas hasil usaha
peluh yang lain

siapa kau?
siapa kau?
siapa kau?

mencemuh menghina
berkata tidak berfikir
bantu tidak hanya berkata- kata

siapa kau?
siapa kau?
siapa kau?

kalau biar, kata biar
kalau simpan, kata simpan
mengata itu nombor satu
mencemuh itu dirimu

siapa kau?
siapa kau?
siapa kau?

Ibarat mengaut untung ditepi
bukan melukut tapi mencuri
yang susah kau lempar ketepi
yang senang kau ambil sendiri

siapa kau?
siapa kau?
siapa kau?

nak menghukum siapa sahaja
laksana kau itu adil saksama
cermin diri tengok muka
bukalah matamu yang sudah buta

ini cerita bukan buatan
yang betul dari hati
berlapik tidak hatinya murka
mulutnya ada, akalnya tiada

Saturday, June 25, 2011

June

Six things I can talk about my life in June:

busy-but-not-so-busy

Lost my mind

Lost my rational mind

Stressed with my negligence behavior

Got two kids I need to take care

Need to speed my velocity