Monday, June 27, 2011

Siapa kau?

Hati ini keruan
mendengar melihat
hati ini terasa tersentuh
bila kata-kata penuh makna

siapa kau?
siapa kau?
siapa kau?

mengorak langkah penuh angkuh
di atas bumi ini
bangga atas hasil usaha
peluh yang lain

siapa kau?
siapa kau?
siapa kau?

mencemuh menghina
berkata tidak berfikir
bantu tidak hanya berkata- kata

siapa kau?
siapa kau?
siapa kau?

kalau biar, kata biar
kalau simpan, kata simpan
mengata itu nombor satu
mencemuh itu dirimu

siapa kau?
siapa kau?
siapa kau?

Ibarat mengaut untung ditepi
bukan melukut tapi mencuri
yang susah kau lempar ketepi
yang senang kau ambil sendiri

siapa kau?
siapa kau?
siapa kau?

nak menghukum siapa sahaja
laksana kau itu adil saksama
cermin diri tengok muka
bukalah matamu yang sudah buta

ini cerita bukan buatan
yang betul dari hati
berlapik tidak hatinya murka
mulutnya ada, akalnya tiada

No comments:

Post a Comment