Tuesday, October 12, 2010

Anda Bijak? Bimbing, bukan HUKUM!


I hate to generalize. Anything. For me, a person is a person. I cannot put other people with same ability as the same. Dalam erti kata lain, jangan anggap orang dalam satu kelompok itu sama. Rambut sama hitam, hati lain2.

Satu persoalan ditujukan kepada semua pembaca. Sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang banyak dalam satu2 bidang, adakah anda akan memandang rendah orang lain?

Satu penyakit dalam manusia pada masa kini ialah, apabila mereka belajar ilmu lebih sikit, dah bongkak. Malaysians, some of them ada yang berkelakuan macam itu. Kerana apa mereka bongkak? kerana mereka tahu sesuatu perkara lebih daripada orang lain tahu.

Pengajaran daripada tajuk ini ialah,
Sebagai seorang yang berilmu, kita mestilah sentiasa bersikap rendah diri serta mendengar pandangan orang lain. Kita juga mestilah mengajak orang ke arah kebaikan serta MEMBIMBING mereka bukan MENGHUKUM mereka kerana kejahilan mereka. Sesungguhnya pengajaran berhikmah itu lebih baik daripada pengajaran menghukum membuta tuli. Memang akan ada orang yang mencemuh kita. Namun, sesetengah makian itu ada betulnya. Jadi, kita tengok balik diri kita, apa yang kita dah buat salah dan bagaimana kita dapat membetulkan kesilapan kita serta menjauhi kesilapan itu di kemudian hari.

Peringatan ini ditujukan kepada diri sendiri dan mana-mana individu yang berkenaan. Kalau tak sensitif jugak, WALLAHUALAM!

No comments:

Post a Comment