Tuesday, October 12, 2010

Arus Media Perdana Sudah Terpesong

Sedang isu ini hangat dibincangkan di sekitar universiti saya, perlu saya menyuarakan hasrat hati saya tentang isu media perdana negara sudah terpesong daripada tujuan sebenar ia diwujudkan.

Sedih untuk saya katakan bahwa arus media perdana negara Malaysia sudah terpesong daripada objektif utama ia mula dilancarkan. Pada saya, media2 tempatan bersikap lebih berat sebelah dan tidak adil kepada para pembaca mereka. Saya masih ingat lagi ketika saya masih bersekolah, surat khabar utama seperti UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN dan METRO merupakan antara media2 yang kami sekeluarga akan beli.

Kami akan baca berita2 yang disiarkan berbincang tentang itu dan saya bangga pada mulanya pada kerjaya seorang wartawan dan saya pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang wartawan.
Wartawan pada awal zaman sebelum kemerdekaan merupakan wira yang gagah melaungkan suara kebebasan dan sentiasa bersikap neutral semasa melaporkan sebarang berita. Para wartawan dahulu cekal mengumpul maklumat dan sentiasa berani kerana benar.
Pandangan ini merupakan pandangan peribadi saya. Sebelum itu saya ingin bertanya kepada para pembaca. Sedarkah anda, arus media di malaysia seperti surat khabar dan stesen televisyen sudah berubah daripada sebelumnya?
Saya seorang yang suka membaca, terutama akhbar2 tempatan. Selepas Pilihan raya umum pada tahun 2008, saya dapati setiap surat khabar sudah tidak melaporkan berita dengan jujurnya. Saya melihat mereka lebih suka melaporkan perkara-perkara yang memburukkan pembangkang. Bukan saya mahu mempertahankan pihak pembangkang, tetapi saya melihat perkara ini dari segi rasional, dalam pertandingan merebut kuasa di Malaysia.
Sedih sekali apabila saya menemui betapa KOTORnya pihak media pada masa kini sehingga saya sudah tidak dapat mempercayai kebanyakan berita dalam surat khabar.

Metro Harian pada misalnya, sudah melakukan banyak penipuan dan kesalahan sepanjang penerbitannya. Kami suka membaca Metro Harian kerana pada mulanya berita yang disampaikan agak menarik. Lama kelamaan saya melihat kisah2 yang dibawa terlalu bohong, terlalu bodoh malah MEMUNDURKAN MINDA MASYARAKAT MALAYSIA. Saya memang membuat provokasi terhadap akhbar ini kerana akhbar ini merupakan satu sebab penyakit masyarakat malaysia menjadi bodoh dan tidak berkembang. Saya masih ingat lagi, semasa saya tingkatan 5, metro memberi laporan palsu tentang kemalangan sahabat saya pada masa itu. tiada temu ramah sempat dilakukan tetapi metro harian tetap melaporkan laporan palsu. Saya rasa tertipu. Maruah seorang wartawan serta merta hancur di hadapan mata saya.

Utusan Malaysia dan Berita Harian lantaran sudah hilang akal dalam memperjuangkan kebebasan melaporkan berita. Ada sahaja isu yang dibawa untuk menjatuhkan pembangkang. Sebelum ini, tidak pernah di dengar akan utusan malaysia mengutuk pembangkang dengan begitu teruk.

Saya mengerti akhbar2 tempatan bertanggungjawab untuk menyebarkan idealogi kerajaan kepada rakyat. MALU. SAYA MALU DENGAN WARTAWAN PADA MASA KINI. wartawan yg menjual maruah mereka kepada wang ringgit. Sebaran idealogi itu penting, tetapi BUKAN MENJATUHKAN ORANG LAIN! Penyakit orang meelayu pada masa kini ialah suka menjatuhkan orang lain. BODOH. Sangat BODOH. Anda tidak berlaku adil sekiranya anda tidak berusaha memajukan diri malah anda lebih hina daripada apa yang anda hina.

BAru-baru ini, kami dikejutkan dengan artikel daripada UTUSAN MALAYSIA mempersoalkan moral dan etika pelajar universiti pada masa kini. Kononnya generasi pada masa kini sudah pandai menggunakan teknologi untuk menipu pihak akhbar. Lantas akhbar yang tersohor ini mengatakan teknologi juga yang merungkai penipuan itu. Adakah penulis artikel ini BODOH?(maaf, ayat terlalu kasar) Bagi kami yang melihat gambar itu, gambar itu tidak diedit menggunakan aplikasi yang menukar apa2 pada gambar itu. gambar itu tidak diubahsuai. Latar belakang itu memang ada di Malaysia. Tempat kami sudah dirancang seperti berada di luar negara. Apakah yang cuba dibawa oleh penulis artikel ini yang boleh dikatakn suka menghentam keromo memalukan universiti tanpa usul periksa MENGHUKUM TANPA SIASATAN.

Mencemuh para pelajar akan sikap mereka yang suka menipu orang di akhbar? terus menulis artikel.
WAHAI WARTAWAN YANG PERNAH AKU SANJUNG SELAMA INI,
ADAKAH KAU MELAPORKAN SEGALA YANG BENAR?
ADAKAH KAU MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN?
APA KAU LLUPA TANGGUNGJAWABMU SEBAGAI LIDAH MASYARAKAT
SEDIH AKU MELIHAT KAMU
SUDAH HINA LAGI DINA
HILANG SUDAH HORMATKU PADAMU
KERANA ENGKAU ORANG YANG MENIPU.

Wallahualam.
Renung-renungkan, timbang-timbangkan
tepuk dada, tanya iman

4 comments:

  1. bukan sudah terpesong, tapi sudah LAMA terpesong!

    ReplyDelete
  2. i like this too!!!!>...ni la yg kite nk..mahasiswa bersuara!!!

    ReplyDelete
  3. rasanye negara kita perlu dijajah sekali lagi, baru mereka kembali pada jalan..biar nasi sudah menjadi bubur baru mereka sesal..haih..

    ReplyDelete