Friday, October 1, 2010

Syawal Ini

Syawal Ini
Syawal bermakna buatku
Dua insan kuhilang
Dua insan kutangisi
Dua insan kusayangi

Syawal Ini
Syawal Pertama Aku
tanpa dirimu
tanpa madahmu
tanpa senyummu
tanpa teguranmu
tanpa redhamu

Aku berserah
pada takdir yang membawa
pada nasib menimpa
pada Ilahi kurela
asal hilang deritamu
dari kewujudanku

Syawal Ini
kuberserah pada-Nya
sekiranya tiba masanya
kubersedia menemuinya
kerana aku
sudah lama mati di dunia ini
buat selama-lamanya

No comments:

Post a Comment