Saturday, June 26, 2010

Lelaki


Dicipta Ilahi
untuk memimpin
memberi panduan
kepada yang salah

kau hargai Hawa
yang penuh emosi
yang hilang pertimbangan
yang pernah menghilangkan resahmu
yang pernah membuatmu tersenyum

Akal itu senjatamu
Rasional itu perisaimu

berilah panduan pada Hawa
Kira dia tersalah langkah
melihat jalan kehidupan
melihat kejujuranmu

kerana Hawa itu lemah
rapuh di dalam
untuk melawan
kabus cemburu

Ikhlasmu setulus anbia
Sabarmu setinggi langit
Kasihmu seluas lautan
Marahmu semerah bara
Kemaafanmu itu satu rahmat

No comments:

Post a Comment