Wednesday, November 24, 2010

Resepi: Nasi Dagang

Bahan-bahan:
3kg beras nasi dagang
1 cawan santan pekat
2 cawan santan
7cm halia
3 sudu teh halba
2 sudu teh gula
3 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Basuh dan rendamkan beras selama 5 jam sebelum dimasak
2. Potong bawang merah dan halia
3. Rendam halba dalam air, toskan.

4. Basuh dan toskan beras.
5. masak air dalam pengukus sehingga berwap. Letakkan beras di atas pengukus. Kukus sehingga beras 3/4 masak. Pindahkan ke dalam besen.
6. masukkan 2 cawan santan, kacau sehingga sebati, pastikan beras nampak berkilau. Tambah air jika perlu. Letakkan beras pada pengukus dan kukus sehingga masak.
7. Tutup api pengukus. masukkan nasi ke dalam besen.
8. masukkan santan pekat, halba, halia bawang merah, garam dan gula. Kacau sehingga sebati.
9. tutup nasi dengan daun pisang dan biarkan seketika untuk dihidang.


kredit to buku resepi keluarga Dato Nik Ahmed Kamil. ^^v

No comments:

Post a Comment

Post a Comment